
ABSTRAK
Dalam blog ini,saya menjelaskan definisi BIMBINGAN&KAUNSELING sebagai rujukan buat para kaunselor diluar sana supaya menambahkan ilmu pengetahuan mereka bagi membantu masalah yang dihadapi oleh klien atau masyarakat agar bijak menyelesaikan masalah tersebut.Seorang kaunselor perlu bijak menyusun strategi semasa membantu klien,agar matlamat membantu mereka ini tercapai.
PENGHARGAAN
بسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Alhamdulillah, segala puji kepada-Nya tuhan yang memiliki arasy. Selawat dan salam kepada junjungan besar Muhammad s.a.w, dengan keizinan-Nya dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang membantu saya dalam menjayakan atau menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Jutaan terima kasih kepada pihak Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, saya ingin mengucapkan kepada kedua ibu bapa saya kerana telah membesarkan saya, sentiasa menyokong apa yang saya lakukan, memberikan keselesaan kepada saya dan banyakk lagi pengorbanan yang mereka lakukan demi melihat saya sentiasa sukses dalam hidup.
Tidak lupa juga kepada Puan Hajah Maleha binti Lauto sebagai pensyarah subjek Bimbingan dan Kaunseling yang sentiasa mencurahkan ilmu pengetahuan tanpa mengenal penat dan lelah.
Di samping itu, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sepejuangan saya yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung dalam proses penyiapan tugasan ini.
Akhir kalam, sudilah saudara atau saudari untuk membaca atau mengambil maklumat bagi menambah ilmu pengetahuan pada blog yang telah saya siarkan. Jika ada kekurangan sudilah tuan hamba untuk memberi komen agar dapat saya perbaiki kekurangan tersebut.
1)Konsep Bimbingan dan Kaunseling
-Bimbingan=Proses membantu individu @kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan potensi mereka suoaya dapat membuat pilihan bijak dari aspek peribadi,kerjaya,sosial,akademik demi kepentingan individu.
=Memberi pertolongan positif kepada individu faham dirinya gunakan potensi & peluang pendidikan yang ada dengan bijak bagi memajukan diri sendiri & perkembangan diri dengan lebih berkesan.
-Kaunseling=Proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
2)Beza Bimbingan dan Kaunseling
BIMBINGAN
|
ASPEK
|
KAUNSELING
|
-Tidak memerlukan dan semua boleh
membimbing.
|
PROFESIONAL
|
- Kaunselor mesti mempunyai tauliah.
|
- Boleh dilakukan dimana-mana.
|
TEMPAT
|
- Dilakukan di bilik khas
|
-Dilakukan pada bila-bila masa
|
MASA
|
- Punyai masa tersendiri.
|
- Perlu mempunyai pengetahuan dan
berkebolehan daam memimpin.
|
TEORI
|
- Memerlukan untuk menguasai pelbagai
teori untuk mengatasi masaah
|
3)Matlamat Kaunseling
-Membaiki imej negatif
-Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien
-Membantu klien dalam membuat suatu tugasan
-Membimbing klien supaya kekal menjadi produktif
-Mengajar klien supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
4)Prinsip Kaunseling
-Manusia mempunyai harga diri.
-Manusia itu unik.
-Manusia yang memiliki personaliti yang bersepadu adalah manusia yang sihat.
-Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri (SELF-ACTUALIZATION)
5)Kepentingan Kaunseling
1.MENGGALAKKAN CELIK AKAL
-Membantu individu memahami tentang diri mereka dengan lebih mendalam lagi.
-Membantu individu mengenali diri mereka merupkan kunci kepada penyelesaian masalah yang dihadapi.
2.MEMBERI SOKONGAN
-Individu memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bahagi
-Luahan perasaan yang dipamerkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
3.PENYELASAIAN KONFLIK
-Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua belah pihak.
-Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan bagi bagi mencapai keputusan yang menguntungkan.
4.MEMBUAT KEPUTUSAN
-Membantu individu membuat keputusan kerana individu sukar untuk membuat keputusan.
-Kaunselor mengutarakan cadangan dan berbincang dengan individu tersebut sebelum mereka membuat keputusan.
6)Etika Kaunseling
-Meningkatkan ilmu pengetahuan dar semasa ke semasa.
-Menjaga tingkah laku demi menjaga profesion kaunseling.
-Bertanggungjawab terhadap klien
-Menjaga kerahsiaan klien
-Menghormati hak-hak klien
-Penjelasan mengenai batasan
7)Jenis Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah
-Menyediakan buku rekod di sekolah
-Sudut penyebaran maklumat
-Papan kenyataan maklumat
-Sudut maklumat kaunseling
-Menerangkan maklumat tentang carta organisasi sekolah
-Pemilihan kurikulum kelab/kerjaya
-Pencegahan dadah
-Melakukan kaunseling individu
8)Teori Kaunseling
-Menggunakan Teori Berpusatkan Klien iaitu mengamalkan sikap:
1)Optimistik terhadap sifat semulajadi manusia
2)Individualistik iaitu berbeza antara satu sama lain
3)Manusia sentiasa berkembang bertanggungjawab mengawal perkembangan dirinya
4)Kaunselor tidak terkawal atau pengaruhi keputusan klien
5)Membantu klien dengan berikan galakkan baik,berubah ke arah positif kerana ia merupakan penghargaan kendiri.
9)Kemahiran Kaunseling
-Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut.
Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu.
Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.
Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidu bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagai bersalaman dan sebagainya.
Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpa berbelah bahagi, ini bererti kita menyediakan diri untuk mendengar. Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti dinyatakan di bawah;
· Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ
· Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan.
· Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal.
· Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri
Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membinaperhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.
Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.
Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam erti kata lain, ia bertujuan untuk memperbetulkan dalih ataupun ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien.
Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia menghadapi konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini adalah kerana klien itu tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang, tetapi bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan yang diberikannya.
Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara perlu diambilkira iaitu;
- membina suasana alam sekeliling
- suasana terapeutik
- ruang untuk berkomunikasi
- penampilan diri
- ekspresi muka
- kontak mata
- cara duduk dalam sesi kaunseling
- pergerakan tangan dan kaki
- senyuman
- nada suara
- menggalakkan klien bercakap
-Kemahiran menggalakkan klien bercakap
Kaunselor menggalakkan klien bercakap dengan menggunakan soalan-soalan jenis terbuka. Semasa klien bercakap, kaunselor perlu mendengar dengan penuh teliti dan penuh empati. Sementara itu, semasa klien bercakap, kaunselor harus mendengar dan memberi perhatian, memberi respons yang minima seperti mengganggukkan kepala dan sebagainya untuk menggalakkan terus bercakap.
-Kemahiran membalas(responding)
Membalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada manusia. Dengan membalas kata-kata, manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan lain. Tujuan utama seseorang bertindak balas ke atas kata-kata orang lain adalah untuk menggalakkan penglibatan masing-masing di dalam perbualan itu. Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada sub kemahiran iaitu kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan kemahiran mendengar.
Contoh satu
Klien :Macam-macam yang saya rasa…adakah saya akan
difahami, diterima, dianggap kawan… Macam-macamlah…”
Kaunselor : “Macam-macam difikirkan sebelum datang ini.”
Kemahiran memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Parafrasa ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke atas klien.
Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Parafrasa sangat sesuai digunakan di peringkat awal hubungan kaunseling kerana parafrasa merupakan pernyataan semula kenyataan dan mesej yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan kepastian.
Selain itu parasfrasa juga digunakan untuk membuat refleksi kepada apa yang dikatakan oleh klien. Tujuan utama parafrasa digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Ia juga bagi memastikan yang kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang dirasa dan dikatakannya.
Namun begitu, kaunselor perlu mahir dalam membuat parafrasa. Kaunselor perlu memastikan bahawa maksud asal mesej klien itu tidak berubah. Parafrasa juga boleh dilakukan oleh kaunselor untuk membantu klien yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang mesej asasnya. Ini adalah kerana klien mungkin akan terkeluar dari tajuk perbincangan sekiranya parafrasa tidak dibuat. Tujuannya adalah untuk mengingatkan klien bahawa beliau sepatutnya menyambung semula topik perbincangan tadi.
Contoh Satu
Klien : “Saya tahu dia seorang yang baik. tapi…saya belum bersediauntuk menerimanya…tetapi saya juga susah hendak menolaknya.”
Kaunselor : “ Nampaknya, anda dalam dilema, belum bersedia
menerima dia tapi juga susah hendak menolaknya.”
-Kemahiran memimpin
Kemahiran memimpin boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu
Memimpin secara tidak langsung
Tujuan memimpin secara tidak langsung membolehkan klien memulakan dan mengambil tanggungjawab terhadap sesi yang sedang berjalan. Selain daripada itu, tujuan memimpin secara tidak langsung ialah untuk menjemput klien untuk menceritakan atau memperincikan ceritanya.
Contoh soalan yang menunjukkan memimpin secara tidak langsung ialah;
“apa yang anda nak bincangkan hari ini?”
“Barangkali, kita boleh mulakan sesi dengan anda beritahu saya di mana anda sekarang?”
“Bolehkah anda beritahu saya lebih lanjut tentang perkara itu?”
Kemahiran memimpin secara langsung
Kemahiran memimpin secara langsung menggalakkan klien memperincikan, menjelaskan atau menggambarkan apa yang diperkatakan. Antara tujuan kemahiran memimpin secara langsung ialah untuk menentukan tujuan untuk memimpin, meluahkan dengan perkataan yang dapat memperincikan secara khusus, menggunakan soalan terbuka dan membolehkan klien bebas mengikut pimpinan anda. Dalam kemahiran memimpin, adakalanya terdapat elemen cadangan seperti;
- “beritahu saya tentang ibu anda?”
- “Boleh anda gambarkan apa yang berlaku baru-baru ini?”
-Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang sangat penting bagi seorang kaunselor. Kaunselor perlu mengelakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh klien. Kaunselor patut menggunakan ayat-ayat yang biasa dan bukannya dari buku-buku akademik. Ini adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang begitu luas.
Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan perkataan yang mudah supaya klien tidak berasa rendah diri bila berdepan dengan kaunselor. Di samping itu, elakkan juga penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ini bertujuan untuk mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak faham apa yang telah dikatakan oleh kaunselor.
Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak mata dan postur badan kaunselor. Kaunselor boleh menggangguk kepalanya, membesarkan matanya bagi menunjukkan minat, memberikan postur duduk yang mencodong ke hadapan sedikit dan lain-lain lagi gerak balas.
-Mesej lisan: Mesej yang dihantar melalui perkataan
-Mesej vokal: Mesej yang dihantar melalui suara. Contohnya melalui volum, artikulasi dan nada.
-Mesej badan: Mesej yang dihantar melalui bahasa badan. Contohnya melalui renungan, kontak mata, ekspresi muka, postur badan, pakaian.
-Mesej sentuhan
-Mesej yang berbentuk aksi.
Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima adalah seperti “hm…m,teruskan, “lepas itu”, “kemudian”, “jadi”, “terangkan lagi”, “oh….”, sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.
Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk memberangsangkan klien untuk terus bercerita. Selain itu, ia menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.
Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima;
a. kaunselor memberi perhatian
b. menolong penerokaan kendiri klien
c. supaya klien terus bercakap
d. mempengaruhi arus perbualan
-Kemahiran Membina KontrakKaunselor mendapatkan persetujuan dan perjanjian daripada klien supaya ada tanggungjawab dan kesungguhan untuk melaksanakan apa yang dipersetujui. Kontrak biasanya dibuat pada kes-kes yang memerlukanperubahan tingkah laku klien seperti ponteng, merokok, mencuri, menipu, meniru dan lain-lain. Kontrak boleh dibuat secara lisan atau bertulis.
-Kemahiran Meneroka
Dalam sesi kaunseling, kemahiran meneroka merupakan salah satu lagi kemahiran yang penting bagi menjayakan sesi kaunseling. Ini adalah kerana tanpa penerokaan, sesi kaunseling tidak akan berjalan dengan lancar. Kaunselor tidak akan dapat memahami masalah yang dihadapi oleh klien dengan lebih lanjut lagi ataupun dengan lebih mendalam.
Oleh yang demikian, seorang kaunselor perlu memastikan bahawa dirinya telah menguasai kemahiran ini bagi menjayakan sesuatu sesi kaunseling itu. Kaunselor boleh meneroka dengan lebih lanjut dengan menggunakan soalan-soalan tertentu, di mana klien perlu menjelaskan dengan lebih teliti masalah yang dihadapinya itu.
-Kemahiran Mencabar
Kemahiran mencabar adalah untuk memperakui dengan jujur, secara langsung dan menarik perhatian klien apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dirumuskan. Konstruk kemahiran mencabar melibatkan seperti mengenal pasti perasaan diri sendiri sebagai kaunselor, menjelaskan dan berkongsi pengalaman dan memberi maklumbalas dan pandangan.
Jones (2004) menjelaskan kemahiran mencabar perlu mempunyai ciri seperti di bawah;
- Mulakan dengan membuat refleksi
Kaunselor perlu memulakan respons dengan menunjukkan bahawa dirinya telah mendengar dan memahami mesej klien.
- Klien mencabar diri
Di mana perlu, bantu klien untuk mencabar diri mereka. Dengan membuat refleksi mesej yang bercampur, klien boleh memilih untuk membuat rumusan.
- Jangan Melampau Batas
Kaunselor perlu menyedari bahawa dirinya tidak mencabar klien sehingga membawa kesan yangburuk kepada klien.
- Klien Yang Mengambil Tanggungjawab
-Kemahiran Memberi Maklumat
Kemahiran memberi maklumat memerlukan sedikit ketelitian di mana kaunselor berkongsi fakta dan maklumat dengan klien. Antara jenis maklumat adalah kategori kepakaran seperti instrumen ujian, kemahiran merancang dan membuat keputusan, merancang kerjaya, perancangankeluarga dan membuat keputusan bersara.
-Kemahiran Meninjau Klien
Kemahiran meninjau klien membolehkan kaunselor meninjau klienmelalui tingkah laku lisan dan bukan lisan. Kemahiran ini juga dapat membina hubungan. Selain daripada itu, kemahiran meninjau klien juga dapat memberi responss yang tepat. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah tingkah laku lisan dan bukan lisan, percanggahan dan konflik serta
-Kemahiran Menyemak Persepsi
Kemahiran menyemak persepsi ini ialah mengesahkan persepsi kaunselor tentang apa yang klien katakan. Apabila kemahiran ini dilakukan, klien akan merasa beliau lebih difahami. Garis panduan untuk membuat penyemakan persepsi ialah membuat parafrasa apa yang kaunselor fikir kaunselor telah dengar. Selain daripada itu, kaunselor juga meminta pengesahan klien secara terus terang tentang ketepatan persepsi kaunselor terhadap apa yang telah diperkatakan oleh klien.Dalam menyemak persepsi, kaunselor juga akan membenarkan klien membetulkan persepsinya jika andaian kaunselor adalah tidak tepat.
10)Proses Kaunseling Individu
-Prasesi
-Bina hubungan
-Teroka dan analisis masalah
-Kenalpasti masalah
-Bincang strategi masalah,alternatif ,kesan
-Tindakan
-Tamat sesi
-Susulan
11)Rumusan
-Pada pendapat saya,kaunseling ini bermaksud proses interaksi dua hala yang mana seorang memberi kata-kata positif dan motivasi kepada seseorang yang mempunyai masalah dan memperkembangkan diri dalam aspek Jasmani,Rohani,Intelek dan Emosi.Dalam aspek kekeluargaan ibu bapa wajar memberi nasihat yang mengandungi kata-kata hikmah untuk berubah kepada yang lebih baik
12)Sumber Rujukan
1.
Ibrahim
Ahmad, 2002, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah, Selangor, PERCETAKAN CERGAS (M)
SDN.BHD.
2.
Malek
Muhamat Said, 2007, Mengurus Khidmat Bimbingan&Kaunseling Sekolah, Selangor,
PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
3.
Suradi
Salim, 1996, BIMBINGAN dan KAUNSELING, Kuala Lumpur, Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd.
4.
Robert
D.Myrick,Ph.D, 2001, Bimbingan &
Kaunseling Perkembangan Pendekatan yang Praktis, Zuraidah Abdul Rahman Selangor,
Percetakan Dewan Bahasa & Pustaka Sdn Bhd.
5.
Lee
Keok Cheong,Ee Ah Meng,Suppiah Nachiappan,Taquddin Abd Mukti, 2014, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak, Selangor,
Oxford Fajar Sdn.Bhd.
6.
Mohamad
aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ph.D, Ahmad Jazmin Jusoh Ph.D,
Syed Sofian Syed Salim, Md. Noor Saper, 2009, Kemahiran Bimbingan &
Kaunseling, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.