BAB 3: SISTEM PENDIDIKAN PONDOK
posted by Unknown 11:05 0 comments


·         Menurut kamus dewan keempat,pondok bermaksud madrasah,asrama dan tempat mengaji(belajar agama).
·         Sabri haji said mengatakan bahawa pengajian pondok merupakan suatu pendidikan menggunakan kaedah tradisional dalam memainkan peranan dalam mengenal,menyebar,mengembang dan meluaskan ilmu pengetahuan agama kepada anak bangsa
·         Kehadiran sistem tersebut masih tidak dapat dirungkai dengan lebih jelas.
·         Masyarakat dahulu berasa bangga jika anak anak mereka belajar di institusi tradisional tersebut.
·         Institusi ini tetap berdiri teguh walaupun wujudnya sekolah vernacular di sekitarnya di bawah penguasaan penjajah barat.

LATAR BELAKANG PONDOK
·         Seiring dengan kedatangan islam pada abad ke-14
·         Bukti berdasarkan batu bersurat di Terengganu 1303m
·         Semakin pesat pada abad ke-18 dan dibawa oleh golongan ulama pattani
·         Anak-anak murid yang datang dari kedah,Kelantan,Terengganu,johor dan sebagainya
·         Dari hasil tersebut,mereka membuka dan menubuhkan pusat pendidikn pondok supaya penduduk persekitaran tidak lagi ke pattani untuk belajar.
·         Kelantan negeri yang pertama membuka pusat pengajian pondok yang di bawa oleh guru haji abdul samad bin Abdullah pada tahun 1820m

SISTEM PENTADBIRAN
·         -Diadakan di sebuah perkampungn seperi masjid/surau sebagai sekolah dan tempat ibadat
·        - Dikelilingi oleh rumah-rumah kecil yang dipanggil pondok sebagai asrama kepada penuntut
·       -  Berada dipedalaman,perkampungan atau desa,pada zaman dahulu pembelajaran dijalankan dikawasan penanaman padi.
·         -Ditadbir oleh muallim,ulama,guru yang mempunyai cara dan citarasa sendiri
·         -Kemajuan sesebuah pondok berdasarkan keilmuan dan daya ada pada guru.
·         -Pondok diberi nama berdasarkan pengasas atau guru yang mengajar
·         -Tiada perbezaan pada pelajar dari segi umur,di curahkan ilmu secara terbuka,
·         -Sesiapa yang ingin mengikuti pembelajaran,perlu meminta izin kepada guru.
·         -Kaedah belajar dipondok menggunakan kaedah halaqah.
·         -Tiada sumber kewangan yang tetap/bergantung derma dan zakat
·         -Menggunakan kaedah berpusatkan guru
·        - Menggunakan teknik hafalan untuk mengingati pelajaran
·       -  Tidak menggunakan sukatan yang tetap,sebaliknya menggunakan kitab tertentu mengikut mata pelajaran.


 SISTEM PEMBELAJARAN PONDOK

-Pembelajaran tidak tersusun dan ia bergantung pada kemahiran guru itu.
-Mata pelajaran seperti Tauhid,Fiqah,Hadis,Nahu,Saraf,doa-doa kaitan dengan kehidupan seharian
-Didedahkan kaedah menulis  dan menguasai kaedah jawi dan bahasa arab.
-Aktiviti : Berqasidah,berzanji dan bernasyid turut diadakan.
-Kelas agama akan dijalankan selepas waktu solat dalam bentuk halaqah dan bebas memilih kelas mengikut tahap penguasaan ilmu dan tiada had umur.


SISTEM MADRASAH

-Pendidikan lebih bersistematik
-Penghafalan selama 3 tahun.Setelah habis syahadah pelajar akan berpindah kelas kepada pengajian alim selama 8 tahun.
-Dalam tempoh 8 tahun,pelajar-pelajar akan menguasai peringkat asas agama sehinggalah dapat menguasai 4 mazhab dan mempelajari sunnan sittah secara bersanad sehingga kepada Rasulullah SAW
-Kelas bermula dari jam 5.00 pagi hingga 11.00 malam
-Aktiviti:
           -Imtihan;Dua kali setahun,sekiranya gagal akan mengulangi selama setahun
           -Perbahasan agama dari aspek Masail,para ustaz akan menilai setiap dalam nas yang dihujahkan
           -Tarbiyah rohani melalui perjalanan dakwah
           -Tasawuf: Penggunaan Kitab hadisth dan Riyadus Solihin

Tempoh Pengajian selama 8 tahun
       
              1) Tahun 1 hingga tahun 4:
                       -Pemantapan Bahasa Arab: Nahu,Sorof,Tauhid,Hadisth 40,Matan Jurumiah,terjemahan juzuk amma,Mantik,Tafsir Jalalain,Usul Fiqh,Mustollah Hadisth,Balaghah

              2) Tahun 5 hingga tahun 8
                      -Faraid,Usul Tafsir,usul hadisth,ulum quraan,Akidah,Misyakut Masobih,Mahalli,Tafsir Baidawi dan belajar hadisth & Fiqh 4 Mazhab
                      -Sunan sittah: Bukhari,Muslim,Nasaie,Abu Daud,Tirmidzi & Ibnu Majah



PERBANDINGAN ANTARA SISTEM PENDIDIKAN PONDOK DENGAN KONVENSIONAL

-Sistem pembelajaran pondok lebih mementingkan ukhrawi (akhirat) manakala sistem pembelajaran konvensional mementingkan pendidikan akademik dan pendidikan agama. Selain itu, pembelajaran di pondok mempunyai wktu yang meluas dan tidak terhad pelajaran yang meluas dan tidak terhad dalam erti kata lain pelajar di pondok perlu menghabiskan pengajian mengikut waktu yang ditetapkan oleh tok guru pondok. Bagi sistem pembelajaan vokasional waktu pembelajaran terhad mengikut jadual masa bermula dari jam 7 pagi dan berakhir pada jam 2 petang pada setiap hari persekolahan. Seterusnya, sistem pondok tidak mempunyai sistem pelarasan seperti sistem vokasional. Tok guru menetapkan silibus dalam pengajian di pondok dan mereka belajar dari kulit ke kulit manakala sistem pendidikan vokasional mempunyai pelarasan dan silibus pendidikan di sekolah bedasarkan buku teks yang telah disediakan oleh kerajaan. Penagasa bagi sistem pondok adalah par alim ulama'manakala sistem pendidikan vokasional diasaskan oleh kerajaandan jabatan agam bagi setiap negeri. Bagi teknik pengajaran sekolah pondok berbentuk muzakarah,halaqah dan syarahan manakala bagi sekolah vokasional berbentuk syarahan yang diketuai oleh guru dan mempunyai sesi soal jawb iaitu hubungan dua hala.Sistem peperiksaan tiada di sekolah pondok yang ada hanyalah tok guru akan menyemak hafalan para pelajar dan di sekolah vokasional mempunyai sistem pepriksaan.


KELEBIHAN SISTEM PONDOK.

1.mementingkn penuntutan ilmu secara bersanad
2.Pmbelajaran dari awal ingga akhir kitab
3.Pengajran bersifat penghafalan.
4.Memberi latihan khutbah dalam bahasa Arab.
5.Melahirkan pelajar yg berilmu pengetahuan dalam agama.



PERANAN ULAMA' DALAM SISTEM PONDOK

1. Melahirkan ulama' yang akhirnya menjadi ulama' yang hebat.
2. Menyebar ilmu agama dengan penoh amanah.
3. Mengajar dan memimpin ummat.
4. Menjadi bahan rujukan.
5. Mengarang serta menulis kitab untuk dibuat rujukan.









design by Wanaseoby