LATIHAN PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN
posted by Unknown 22:16 0 comments

Huraikan pengenalan Pendidikan Islam menurut tokoh berikut:


1)Hassan al Syarqawi
2)Fathyakan



1)Hassan al Syarqawi

          Menyifatkan kefahaman terhadap ajaran Islam yang membawa seorang manusia menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela dan mendekatkan diri dengan sifat-sifat terpuji.
           Pendapat Hassan al Syarqawi menyeru manusia untuk melakukan kebaikan atau mahmudah dan menjauhkan diri daripada sifat mazmumah atau perkara mungkar.Secara tidak langsung manusia akan terus buat kebaikan dan tinggalkan kejahatan.Maka demikian semakin lama manusia menjadi orang yang baik.




2)Fathyakan

          Menyatakan bahawa pendidikan Islam ialah membina proses individu dan masyarakat berdasarkan paksi Islam sama ada aspek pegangan pemikiran mahupun perbuatan.
          Ini bermaksud agama Islam merupakan agama yang lengkap dari segala aspek sehinggakan dalam soal pemikiran dan perbuatan dititikberatkan supaya menjadi manusia yang berakhlak baik pada diri dan juga masyarakat.
design by Wanaseoby